Monday, December 31, 2012

2013, May You Be Great

Assalamualaikum and hye readers! This is it, 2012 will end soon. So much happened this year around. This is my first working year and it feels stressful, lost, and still trying to manage my time.. Many I planned for 2013 and I hope it will turn out as it was. And to all of you my favorite reader, Happy New Year! Have a great year! May god bless..

*2012, a slow year for me..

Saturday, November 24, 2012

Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2


Assalamualaikum and hai pembaca! Setelah sekian lama baru aku nak update blog kan?! Anyway, baru je  tadi aku pergi menonton Breaking Dawn Part 2. And seriously, I like it very much! Very very much! Part 1? Jangan tanya, sila ke [sini] untuk baca review part 1 aku.

"The Epic Finale That Will Live Forever", memang epic sampai tercabut kepala semua! Aku ni pun bukanlah minat sangat Twilight Saga, but this one is really a movie, job well done! And the ending part, nearly got me into tears. Don't ask me why, you should watch and experience it yourself!

The best part of today movie was.. Filem tu terbakar masa cerita nak klimaks! Anti klimaks tau aku kata! Satu pawagan boo-ing, and I was like laughing all the time! People go like tweeting all over the place. After nearly 15 minutes, baru movie disambung main! Haha, guess the tape overrun. Nonstop!

5/5 stars for Breaking Dawn Part 2!

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha

Assalamualaikum dan hai pembaca. Selamat Hari Raya Aidiladha! Maaf zahir batin. Moga setiap perbuatan kita di dunia ini diberkati dan dirahmati oleh Nya. Amin~ Selamat berhari raya bersama yang tersayang..

Sunday, October 14, 2012

Majlis Konvokesyen Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nampak tak tajuk pun dah panjang dan skema je ayatnya. So memang nak update ala-ala skema pun! Anyway, semalam (13 Oktober 2012) merupakan hari konvokesyen tuan blog ini. Maklumlah kali pertama menyertai konvokesyen kan, so agak blur sikit dengan apa yang akan terjadi.

Taklimat pemakaian jubah dan atur cara majlis

Besties sempat meyempat pose

Geng bas sekolah

Hari pengambilan jubah (12 Oktober 2012) memang agak serabut sikit, but still we manage to settle everything before Jumaat. Actually this is the second time Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sultan Azlan Shah (previously known as KSKB Ulu Kinta) organizing this big event. [here] event Pesta Konvokesyen ILKKM 2011. OK, stop dengan ulasan, tak tahu apa nak tulis dah, so tengok je lah gambar hari konvokesyen (13 Oktober 2012) ek!

Baru sampai lepas parking. Cuaca suam-suam kuku je

Masa ni muka fresh marvelous lagi

Test shot sikit!

Inilah keadaan tengah hari di KSKB. Keadaan dah mula hujan renyai-renyai.



Gambar dalam Dewan Seri Perdana tak dapat nak ambil. So kita teruskan dengan gambar selepas pengambilan diploma di luar dewan!


Still kena maintain walaupun muka sudah mula berkilat



Gambar dengan mak! Muah

Anak ayah!

Dengan adik!

Dalam sibuk bergambar terserempak pula dengan Hakim! First time jumpa

Yati, Yani and Yuma? Eh!

Lepas bergambar-gambaran di dataran, tak nampak la sudah member-member yang lain. Mungkin mereka dah bersiap-siap nak hantar jubah, al maklumlah semuanya datang dari jauh. So aku pun berlegar dari situ dan ke tempat penghantaran jubah dengan rasa hampanya..

Tipulah kalau konvo tak pack macam ni kan!

Dalam mood yang berasa sangat super-duper hampa sebab ramai yang dah balik (kononnya, aku pun tak tahu) aku pun hantarlah jubah. Jalan nak balik punya pack ikan sardin, aku terserempak dengan deme-deme tepi lorong-lorong sempit ni.. Apa lagi, terus sambung bergambar!


Sembang punya sembang kejap, kami bersetuju meneruskan acara petang dengan mencari penyelaras kumpulan kami. Iaitu bapa otai yang telah menjadi tunggak kumpulan 25.

Jumpa akhirnya! Encik Jalil

That's it, tamatlah sudah "journey" hari konvokesyen aku. (Journey la sangat!) Memang penat, tapi seronok dapat jumpa member-member yang semuanya sudah bekerja di serata semenanjung Malaysia. Panjang umur jumpalah kita nanti. InsyaAllah.. Cuma rasa terkilan sedikit sebab tak dapat nak jumpa dengan para pengajar yang telah banyak mendidik kami. Tapi apa boleh buat, takde rezeki.. Maybe next time!

Apa-apa pun, aku teruskan entry ini dengan gambar-gambar candid dan sekodeng secara tidak sengaja sepanjang Majlis Konvokesyen ILKKM 2012.

Maaflah bro, gambar anda sudah termasuk dalam threetees!

Di luar blok akademik..

The other side of asrama lelaki..

Ikhwan and family spotted!

Another pink hoodies spotted!

Surau menjadi tempat rehat buat ahli keluarga yang hadir..

Ini pula keadaan parking post-graduation


Happy Graduation Friends! Till We Meet Again!

Friday, October 12, 2012

Pre Convocation


Harap semuanya berjalan lancar esok (13 Oktober 2012) InsyaAllah..

Saturday, September 29, 2012

Tak Lama Lagi

Assalamualaikum, hai pembaca! Memang dah lama aku tak update blog. Memang lama. Lately memang aku sangat busy dengan kerja, kursus dan projek. Tapi apa pun nak update sikit apa yang akan berlaku tak lama lagi..


Konvokesyen ILKKM 2012! So I'm in! Tak sabar nak jumpa kawan-kawan semua! Excited giler! Haha (nampak tak banyak giler exclamation mark aku guna) Tapi ni lama lagi.. Sebelum tu aku akan ke Mini Konvensyen KIK, KKM pada hari Khamis dan Jumaat (4-5 Oktober) di HRPB, Ipoh. Pray for us! Moga semuanya berjalan lancar. Till next update!

Saturday, September 22, 2012

September


Of all the things I still remember
Summer's never looked the same
The years go by and time just seems to fly
But the memories remain..

Sunday, August 19, 2012

Salam Aidilfitri


Salam Aidilfitri buat rakan blogger yang sedia melawat blog teman yang tidak seberapa ni.. Di saat lebaran ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf jika terdapat entry-entry yang mengguris hati dan segala yang kurang senang dengan kalian. Bergembiralah dengan keluarga, sanak saudara dan rakan taulan di hari yang mulia ini! Apa pun, teruskan menyokong blog ini! Enjoy, gorgeous!

Friday, August 10, 2012

The Journey


Sesungguhnya, ada lagi insan yang kurang bernasib baik daripada kita..

Tuesday, August 7, 2012

Strangers


There's something in this video, something that tells me; Syukur, Alhamdulillah..

Saturday, July 28, 2012

Thought #4 | What is Your Biggest Mistake in Life?

A friend of mine ask me about question that being asked during my job interview few years back. But back then, I was not prepared at all and all I do is sit down and answered all the question confidently! (buat-buat tahu je sebenarnya tapi still maintain the confidence..) but still, it bugs me! So I youtube to see how interview is done; that ended up, err.. not in a good way..


Then I saw this video, one interesting question during interview (katanya)..


What is one big mistake that you made in your life? Oh this is a killer question! I myself do not know how to response to this kind of question. So, let me think..


*do share your thought here or make a post on "What is Your Biggest Mistake in Life?" and share the link here. I would be very interested to read your thought!

Sunday, July 22, 2012

Thought #3 | Judgement

Assalamualaikum and hye readers! Judgement, that was my topic for today. Across all ages and people, they  judge you, from head to toe. Whether the way you look, they way you act, talk and presenting yourself. But they will always judge you without knowing your true intention, niat dalam hati.. without knowing the truth, and without asking you why. Tetiba bash je terus! And yes, I do judge people like I stated (seperti atas) but hey, I keep that to myself! Only me. I didn't tell others and spread all the bad rumour and negative things.

Nampak tak the equation?

You judge me + I judge you the way you judge me = no one hurt

You judge me + tell others = minor emotional disturbed to me

You judge me + tell others + tell others + tell others (macam RT kat twitter non stop!) = major world crisis!

Anyway, sempena bulan Ramadhan ini kurang-kurangkanlah buat dosa zahir dan batin. Let's stop all the judgement thing and spread the love! *note to self

Selamat menjalankan ibadah puasa

I Can Fly


"Everywhere I go, I see my name in bright light. If I keep it up, I know that I could fly.."

Another inspirational song! This is from Alex Goot. Enjoy~

Monday, July 2, 2012

Sepetang Di Pantai Penarik

This is it, dah lama tak update gambar kat blog ni! Since KL life was over, so agak kurang sikit story-morey yang vavavoom ni. No more weekends in Pavilion, Bukit Bintang all.. and what I really miss is theatre in Istana Budaya! But hey, life in Ipoh wasn't that bad! Still try to adapt into my working life. For now, these are the pictures I captured last weekend during a trip to Terengganu (Pantai Penarik to be exact)







Your's truly..

*Skill photography dah teruk sebab dah lama tak pegang camera..

Sunday, July 1, 2012

Al-Fatihah

Assalamualaikum dan hai pembaca. Semalam aku digemparkan dengan berita yang amat sedih dimana seorang daripada junior di kolej telah meninggal dunia akibat kecelakaan jalan raya. Walaupun aku ni takde lah rapat sangat dengan dia, tapi selalu jugak komen-komen dan mesej di Facebook. Kami mempunyai minat yang sama, iaitu di dalam bidang lakonan, photo editting dan blogging. Dikenali dengan CSPJ di dunia blogging, aku terasa juga dengan pemergiannya yang secara mengejut ni. Tak dapat nak bayangkan apalah yang dirasai oleh kaum keluarga dan rakan-rakan karib beliau. Moga anda ditempatkan dengan orang-orang beriman. Al-Fatihah buat arwah Zulfakar..

Saturday, June 23, 2012

Lemon A Day

Assalamualaikum and hye readers! I know, It's been a while, and some already missed me! (bajet retis lah sangat kan?) Anyway, maybe some of you who followed me on my Instagram noticed about lemons pictures I uploaded last night. So for today, let's talk about lemon!


Secara seriusnya, lemon ini adalah ditanam di belakang rumah oleh my mak. And for the record, I'm not sure which type of lemon they are, tapi yang pasti ini jenis yang kulit tebal. Sebenarnya, sangat tak sesuai kalau nak buat jus, but who cares right?


Perlambakan buah lemon yang sampai dah terjatuh-jatuh atas tanah plus yang sudah kekuningan di atas pokok telah dikutip dan diestrak jusnya kerana tidak mahu membazir dan membuang buah-buah yang berlambakan ini. Manfaatkan setiap nikmat yang diberi!


Tak silap dalam 12 biji lemon, hanya dapat dalam lebih kurang 250 ml jus. But this is pure extract! (I'll write the recipe later)


And for the skin, I save it for my mom. Dia nak buat acar limau! Which is a must for Ramadhan!

How do I make the lemon water?
1. Biasanya aku perah 1 biji lemon = 50 ml
2. Then penuhkan dengan air sejuk (kosong) sehingga 800 ml
3. Tambah gula secukup rasa. Biasa aku tambah dalam 4 sudu camca.

50 ml jus lemon + 750 ml air sejuk = 800 ml
Hence, ratio lemon juice to cold water is = 1:15

Actually I drank it for vitamin C. Tapi bila dah google dengan lebih lajut, banyak juga kelebihan amalkan minum air lemon ni. Antaranya untuk buang toksik (detoxification), untuk kuruskan badan, untuk kesihatan kulit.. Mat Salleh pulak selalu kaitkan lemon dengan master detox; tujuan untuk cleanse darah and so on..  Tapi apa-apa pun, air lemon ni memang sedap dan menyegarkan! Selamat mencuba!

*Jangan buat pekat sangat nanti cerbers sendiri yang susah!

Tuesday, June 19, 2012

Cinta Akhir


Seriously lagu ni best. Dah banyak kali ulang. Great music by Iz. Kudos! *teringat masa terserempak dengan Iz suatu hari dulu..

Sunday, June 17, 2012

Heroes



Happy birthday to my Mak, and happy father's day to Ayah! Both of you are my heroes! Thank you for everything..

Saturday, May 5, 2012

Wish List #1

Assalamualaikum and hye all! It's been a while since I blog. Working life sure got me over. But hey, I need my time to sit back and enjoy too. Last Monday was my outing with friends. Tak plan pun, but since I am free and wanna loosen things up a little bit, so I joined them. Planning of watching midnight movie, The Avengers and yes, we did! And not to forget, meeting with new friends!

Enough mumbling, let's move on.. I've been eyeing for a pair of combat boot which I dunno why I am so in love with it. I think it started when I was in New Zealand, that everyone there are so cool with their boots. It was autumn then, so no wonder boots are their best option. But here in Malaysia, I think it is not very appropriate for us to wear them. Like I care! So I search around the web and found this particular one..

ZARA Combat Boot 499.00 MYR

Oh I just love it! I can wear it to work! Lantak apa orang nak kata! And I want this too..

ZARA Fabric Sneaker 179.90 MYR

Yang ini pulak untuk ganti my old sneaker (yang masih boleh guna lagi pun) Oh how I wish!

*Boleh amik receipt claim kasut nanti!

Friday, April 27, 2012

22 Years Of Being Me

Assalamualaikum dan hai pembaca! April is my birth month! Dah 22 tahun berada di muka bumi ini. For those yang tak tahu, I was born in Kuala Lumpur, on the 2 April 1990! Tahun ini (setiap tahun pun) tak adalah nak celebrate apa, tapi tahun ini agak istimewa sebab pada tarikh hari lahir tahun 2012 inilah adalah hari aku mula bekerja. That means I turn over a new leaf! Juga tak dilupakan kepada kawan-kawan, kenalan yang wish kat Facebook, Twitter dan juga in real life! Thank you very much! Apa-apa pun, harap tahun ini tahun yang lebih makmur, sukses, bahagia dan dapat meet dengan para blogger yang rajin singgah dan support three tees!

From London

From New Zealand with love

Thanks for all the presents! *Pictures taken with Samsung Galaxy Note, which is one of my birthday present too!

Saturday, April 21, 2012

Samsung Galaxy Note Review


Assalamualaikum dan hai pembaca. Merujuk kepada entry sebelum ni, so kali ini aku akan review phone Samsung Galaxy Note! Seriously baru seminggu aku gunakan phone ni, so agak lost jugak kadang-kadang dengan application Samsung sebab aku ni bertukar dari HTC. Selain dari TouchWiz ni, aku takde masalah sebab Android OS yang digunakan adalah sama..

From Desire to Note

3.6" to 5.3" inch screen. Memang besar tak boleh nak cakap lah. As stated, Note ni guna WXGA super AMOLED HD screen dengan resolution sama dengan laptop 15.4" aku, iaitu 1280 x 800. Gambar memang super sharp! For more information on Note's specifications [here]. Kalau pasal spec tu semua orang boleh baca kan? So tak payahlah aku cakap banyak part tu. Let's move on..

#1 Battery life
I'm very impressed! Seriously, battery Note tahan for the whole day. Bukanlah 24 jam, but still boleh dibanggakan. Sebab I compared dengan my previous phone, dengan penggunaan yang sama, memang battery life Note super tahan.

Perhatikan Wi-Fi. Blue coloured bar indicated Wi-Fi is turning on.

I'm on my Waze when driving. Hence, GPS on.

After 19h++, battery baru masuk 30%, which means you can still on for another couple of hour. Impressive right? My previous phone, kalau buat penggunaan macam ni, half day dah kena charge. *Noted, data network mode is On.

#2 S Pen, S Memo

Note with S Pen



Those note boleh save as an .pdf atau .jpeg

S Memo (boleh gunakan S Pen atau pun without) memang application yang tak ada pada smart phone yang lain. That's the specialty of this guy. Bagi siapa yang suka melukis, catit nota atau doodling, this is for just you guys! *Take note Encik Sandra Azwan!


#3 Camera
Note is using 8 MP camera, with 2 MP front camera. Video call memang senang (pernah cuba dengan Skype) Kualiti gambar memang puas hati dan banyak shooting mode disertakan. Lihat sampel foto.

Outdoor [1]

Outdoor [2]

Indoor [1]

Indoor [2]

Panorama

*Noted, gambar diatas tidak di edit dan tidak di resize.


#4 Applications
Here are some of the applications pre-installed.


Music Player

Mini diary

Phone

AccuWeather

S Planner

Internet browser

#5 Memory
Note disertakan dengan approximately 16 GB (mine) or 32 GB on board memory. But only 2 GB for installing apps and so on as system storage. Selebihnya goes to USB storage. And yes, boleh tambah lagi memory card up to 32 GB.



Bagi yang tak familiar dengan Android OS, system storage adalah memory untuk simpanan yang boleh digunakan untuk install apa-apa application yang di download. Hanya segelintir application sahaja yang boleh di "move to SD card" unless you unlocked the phone.

#6 Voice Talk
Note juga ada disertakan dengan Voice Talk (As seen in Galaxy S II)


Summary
For me, transition dari HTC Desire ke Samsung Galaxy Note are just awesome. It's an upgrade for me! Apa yang terbaik pada Note adalah battery life yang tahan lama, screen yang besar + super AMOLED HD, nice camera (with mode yang macam-macam boleh buat) and it's dual core; super smooth! Mungkin ramai yang akan kata Note ni agak besar.. Memang pun, sebab mula-mula aku pun ragu-ragu nak angkut Note ni masuk dalam poket, (dan bila angkat call) tapi after few days rasa macam ok je 5.3" ni. S Pen pula adalah kelebihan Note, yang tiada pada mobile phone yang lain. Yang kurangnya pulak; tiada NFC (NFC ini semakin popular dan mungkin dalam masa beberapa tahun semua akan pakai teknologi ni) saiz yang agak besar juga kadang-kadang memberi masalah pada keadaan tertentu, contoh; tak boleh nak muat dalam poket skinny jeans, tak boleh nak curi-curi main phone dalam kelas.. Sekali kau baca mesej orang jauh 1 meter pun boleh baca sama! Another one, screen Note juga sangat terang, (seriously terang giler) walaupun dah set display paling low, tapi bila tengah malam buka phone, mak aih, sakit mata kau terang sangat nak oi! (tak tahu nak kata kelebihan atau kekurangan) Apa-apa pun, Galaxy Note is a phone for me! Puas hati pakai.

*Sorry ayat pada entry kali ini sangat "pasar" sebab plan nak tulis dalam Bahasa, tapi banyak term dalam English.