Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Saturday, November 2, 2013

Colors


New favorite from Yuna - Colors. Happy weekend people! Happy Diwali

Saturday, August 3, 2013

Beris Lake Vineyard

Assalamualaikum semua! Sini nak share sikit tentang ladang anggur kat Tasik Beris, Kedah. Tetiba semalam menyinggah kejap masa on the way balik ke Ipoh dari Alor Setar. Mula-mula mencari jugak la kat mana ladang anggur ni. Akhirnya jumpa jugak lepas Google. Perjalanan dalam satu jam juga dari susur keluar tol Gurun ke tempat ni. Lalu la jalan kampung yang tak macam kampung. Sampai jugak akhirnya..

Dari Gurun ke Beris Lake Vineyard




Oh! Nak masuk ladang kena bayar ye!










Bagi sesiapa yang memang teringin nak makan atau tanam pokok anggur boleh la datang melawat kat sini. Pekerja diorang pun ramah je cerita serba-serbi pasal cara penanaman anggur. Kat sini ada juga jual anggur-anggur yang mereka tanam dan juga produk-produk anggur yang lain.

Sales Gallery


Tasik Beris



Itu saja untuk hari ni. Just nak share gambar je. Jumpa lagi!

With La Familia!

Sunday, June 30, 2013

Venus Spotted!

The Venus is so bright tonight. So I captured it (not literally)



I shall catch you one day. Where's my Venus?

Tuesday, February 12, 2013

Sepetang Di Putrajaya

Assalamualaikum hai pembaca! Lama tak update blog kan?! Terima kasih masih ada yang bertanya dan menanti update dari blog yang tak seberapa ni.. Sebenarnya bukan tak nak update, tapi masa sangat tak mengizinkan.. Anyway, Ahad lepas sempatlah aku ke Putajaya untuk singgah menyinggah dan ambil angin petang. First time pun sampai, so agak teruja la jugak tengok persekitaran yang agak mewah dan seriously, sangat bersih.. (poyo la pulak!) Rasa macam nak pindah pun ada! But hey, sempatlah jugak tangkap sikit sikit gambar yang ada..




Panorama daripada PICC

PICC, macam UFO

Senja view


Twilight panoramic view

PM office

Seronok je tengok depa main! Haha

Lain kali nak datang lagi! *Gambar yang diambil tak edit pun. Taken with Sony NEX-F3.

Sunday, October 14, 2012

Majlis Konvokesyen Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nampak tak tajuk pun dah panjang dan skema je ayatnya. So memang nak update ala-ala skema pun! Anyway, semalam (13 Oktober 2012) merupakan hari konvokesyen tuan blog ini. Maklumlah kali pertama menyertai konvokesyen kan, so agak blur sikit dengan apa yang akan terjadi.

Taklimat pemakaian jubah dan atur cara majlis

Besties sempat meyempat pose

Geng bas sekolah

Hari pengambilan jubah (12 Oktober 2012) memang agak serabut sikit, but still we manage to settle everything before Jumaat. Actually this is the second time Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sultan Azlan Shah (previously known as KSKB Ulu Kinta) organizing this big event. [here] event Pesta Konvokesyen ILKKM 2011. OK, stop dengan ulasan, tak tahu apa nak tulis dah, so tengok je lah gambar hari konvokesyen (13 Oktober 2012) ek!

Baru sampai lepas parking. Cuaca suam-suam kuku je

Masa ni muka fresh marvelous lagi

Test shot sikit!

Inilah keadaan tengah hari di KSKB. Keadaan dah mula hujan renyai-renyai.



Gambar dalam Dewan Seri Perdana tak dapat nak ambil. So kita teruskan dengan gambar selepas pengambilan diploma di luar dewan!


Still kena maintain walaupun muka sudah mula berkilat



Gambar dengan mak! Muah

Anak ayah!

Dengan adik!

Dalam sibuk bergambar terserempak pula dengan Hakim! First time jumpa

Yati, Yani and Yuma? Eh!

Lepas bergambar-gambaran di dataran, tak nampak la sudah member-member yang lain. Mungkin mereka dah bersiap-siap nak hantar jubah, al maklumlah semuanya datang dari jauh. So aku pun berlegar dari situ dan ke tempat penghantaran jubah dengan rasa hampanya..

Tipulah kalau konvo tak pack macam ni kan!

Dalam mood yang berasa sangat super-duper hampa sebab ramai yang dah balik (kononnya, aku pun tak tahu) aku pun hantarlah jubah. Jalan nak balik punya pack ikan sardin, aku terserempak dengan deme-deme tepi lorong-lorong sempit ni.. Apa lagi, terus sambung bergambar!


Sembang punya sembang kejap, kami bersetuju meneruskan acara petang dengan mencari penyelaras kumpulan kami. Iaitu bapa otai yang telah menjadi tunggak kumpulan 25.

Jumpa akhirnya! Encik Jalil

That's it, tamatlah sudah "journey" hari konvokesyen aku. (Journey la sangat!) Memang penat, tapi seronok dapat jumpa member-member yang semuanya sudah bekerja di serata semenanjung Malaysia. Panjang umur jumpalah kita nanti. InsyaAllah.. Cuma rasa terkilan sedikit sebab tak dapat nak jumpa dengan para pengajar yang telah banyak mendidik kami. Tapi apa boleh buat, takde rezeki.. Maybe next time!

Apa-apa pun, aku teruskan entry ini dengan gambar-gambar candid dan sekodeng secara tidak sengaja sepanjang Majlis Konvokesyen ILKKM 2012.

Maaflah bro, gambar anda sudah termasuk dalam threetees!

Di luar blok akademik..

The other side of asrama lelaki..

Ikhwan and family spotted!

Another pink hoodies spotted!

Surau menjadi tempat rehat buat ahli keluarga yang hadir..

Ini pula keadaan parking post-graduation


Happy Graduation Friends! Till We Meet Again!