Sunday, July 1, 2012

Al-Fatihah

Assalamualaikum dan hai pembaca. Semalam aku digemparkan dengan berita yang amat sedih dimana seorang daripada junior di kolej telah meninggal dunia akibat kecelakaan jalan raya. Walaupun aku ni takde lah rapat sangat dengan dia, tapi selalu jugak komen-komen dan mesej di Facebook. Kami mempunyai minat yang sama, iaitu di dalam bidang lakonan, photo editting dan blogging. Dikenali dengan CSPJ di dunia blogging, aku terasa juga dengan pemergiannya yang secara mengejut ni. Tak dapat nak bayangkan apalah yang dirasai oleh kaum keluarga dan rakan-rakan karib beliau. Moga anda ditempatkan dengan orang-orang beriman. Al-Fatihah buat arwah Zulfakar..

3 comments: