Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Monday, October 14, 2013

Galaxy Note 3 Battery Life


I've been using Note 3 for about weeks and found out that the battery life was good compared to my previous Note. Since I am a heavy data user (agak la sikit) with all those Facebook-ing, Instagram-ing, Flipboard-ing and such (oh no, I'm not playing games), the battery still stand up for the whole day.

Note (I'm using 3000mAh)

Note 3 (3200mAh)
Take note on the on screen time comparison between Note and Note 3. Three times longer!

Saturday, November 24, 2012

Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2


Assalamualaikum and hai pembaca! Setelah sekian lama baru aku nak update blog kan?! Anyway, baru je  tadi aku pergi menonton Breaking Dawn Part 2. And seriously, I like it very much! Very very much! Part 1? Jangan tanya, sila ke [sini] untuk baca review part 1 aku.

"The Epic Finale That Will Live Forever", memang epic sampai tercabut kepala semua! Aku ni pun bukanlah minat sangat Twilight Saga, but this one is really a movie, job well done! And the ending part, nearly got me into tears. Don't ask me why, you should watch and experience it yourself!

The best part of today movie was.. Filem tu terbakar masa cerita nak klimaks! Anti klimaks tau aku kata! Satu pawagan boo-ing, and I was like laughing all the time! People go like tweeting all over the place. After nearly 15 minutes, baru movie disambung main! Haha, guess the tape overrun. Nonstop!

5/5 stars for Breaking Dawn Part 2!

Saturday, April 21, 2012

Samsung Galaxy Note Review


Assalamualaikum dan hai pembaca. Merujuk kepada entry sebelum ni, so kali ini aku akan review phone Samsung Galaxy Note! Seriously baru seminggu aku gunakan phone ni, so agak lost jugak kadang-kadang dengan application Samsung sebab aku ni bertukar dari HTC. Selain dari TouchWiz ni, aku takde masalah sebab Android OS yang digunakan adalah sama..

From Desire to Note

3.6" to 5.3" inch screen. Memang besar tak boleh nak cakap lah. As stated, Note ni guna WXGA super AMOLED HD screen dengan resolution sama dengan laptop 15.4" aku, iaitu 1280 x 800. Gambar memang super sharp! For more information on Note's specifications [here]. Kalau pasal spec tu semua orang boleh baca kan? So tak payahlah aku cakap banyak part tu. Let's move on..

#1 Battery life
I'm very impressed! Seriously, battery Note tahan for the whole day. Bukanlah 24 jam, but still boleh dibanggakan. Sebab I compared dengan my previous phone, dengan penggunaan yang sama, memang battery life Note super tahan.

Perhatikan Wi-Fi. Blue coloured bar indicated Wi-Fi is turning on.

I'm on my Waze when driving. Hence, GPS on.

After 19h++, battery baru masuk 30%, which means you can still on for another couple of hour. Impressive right? My previous phone, kalau buat penggunaan macam ni, half day dah kena charge. *Noted, data network mode is On.

#2 S Pen, S Memo

Note with S Pen



Those note boleh save as an .pdf atau .jpeg

S Memo (boleh gunakan S Pen atau pun without) memang application yang tak ada pada smart phone yang lain. That's the specialty of this guy. Bagi siapa yang suka melukis, catit nota atau doodling, this is for just you guys! *Take note Encik Sandra Azwan!


#3 Camera
Note is using 8 MP camera, with 2 MP front camera. Video call memang senang (pernah cuba dengan Skype) Kualiti gambar memang puas hati dan banyak shooting mode disertakan. Lihat sampel foto.

Outdoor [1]

Outdoor [2]

Indoor [1]

Indoor [2]

Panorama

*Noted, gambar diatas tidak di edit dan tidak di resize.


#4 Applications
Here are some of the applications pre-installed.


Music Player

Mini diary

Phone

AccuWeather

S Planner

Internet browser

#5 Memory
Note disertakan dengan approximately 16 GB (mine) or 32 GB on board memory. But only 2 GB for installing apps and so on as system storage. Selebihnya goes to USB storage. And yes, boleh tambah lagi memory card up to 32 GB.



Bagi yang tak familiar dengan Android OS, system storage adalah memory untuk simpanan yang boleh digunakan untuk install apa-apa application yang di download. Hanya segelintir application sahaja yang boleh di "move to SD card" unless you unlocked the phone.

#6 Voice Talk
Note juga ada disertakan dengan Voice Talk (As seen in Galaxy S II)


Summary
For me, transition dari HTC Desire ke Samsung Galaxy Note are just awesome. It's an upgrade for me! Apa yang terbaik pada Note adalah battery life yang tahan lama, screen yang besar + super AMOLED HD, nice camera (with mode yang macam-macam boleh buat) and it's dual core; super smooth! Mungkin ramai yang akan kata Note ni agak besar.. Memang pun, sebab mula-mula aku pun ragu-ragu nak angkut Note ni masuk dalam poket, (dan bila angkat call) tapi after few days rasa macam ok je 5.3" ni. S Pen pula adalah kelebihan Note, yang tiada pada mobile phone yang lain. Yang kurangnya pulak; tiada NFC (NFC ini semakin popular dan mungkin dalam masa beberapa tahun semua akan pakai teknologi ni) saiz yang agak besar juga kadang-kadang memberi masalah pada keadaan tertentu, contoh; tak boleh nak muat dalam poket skinny jeans, tak boleh nak curi-curi main phone dalam kelas.. Sekali kau baca mesej orang jauh 1 meter pun boleh baca sama! Another one, screen Note juga sangat terang, (seriously terang giler) walaupun dah set display paling low, tapi bila tengah malam buka phone, mak aih, sakit mata kau terang sangat nak oi! (tak tahu nak kata kelebihan atau kekurangan) Apa-apa pun, Galaxy Note is a phone for me! Puas hati pakai.

*Sorry ayat pada entry kali ini sangat "pasar" sebab plan nak tulis dalam Bahasa, tapi banyak term dalam English.

Tuesday, March 13, 2012

Carrie Underwood Good Girl?

Good Girl video by Carrie Underwood is finally online! Surprisingly, there's a lot of dresses she wore in this video. I took time to spot most of them! (since I have the time to do so today) Anyway, this is what I think..

This is so Whitney Houston inspired

This goes to Gaga

This is more to her herself

This one looks more like Taylor Swift's

Jennifer Lopez!

Nerdy.

Nicki Minaj!

Without the veil

With the veil

She wore neutral colour. From beige, to silver and black. And those heels! They were all gorgeous! Anyway, enjoy the video!


*Rasanya aku patut post entry ni kat tumblr aku.. but since aku dah tertulis kat sini..

Wednesday, February 15, 2012

Around Blogosphere #1

Assalamualaikum and hye readers! This week on "Around Blogosphere"

*"Around Blogosphere" merupakan segmen umartheone.blogspot.com untuk memaparkan kisah-kisah menarik disekeliling blogosphere three tees. Blog-blog yang dipaparkan terdiri daripada blog yang menarik minat penulis dan bukan untuk publisiti dan penulis tidak dibayar untuk sebarang promosi.

#1 Kita mulakan dengan keputusan pemenang GiveAway darkbatman.com. Semalam, 14 February telah diumumkan senarai pemenang bagi GiveAway yang dianjurkan oleh bro darkbatman.com. Alhamdulillah, rezeki tahun ini murah buat aku. Aku tersenarai dalam senarai pemenang GA!


Sekali lagi, terima kasih buat darkbatman.com. Buat para jejaka dan wanita jemputlah singgah blog darkbatman.com. Memang penuh dengan info kesihatan buat lelaki!

#2 Seterusnya, tahniah buat Encik Suami kerana telah menjadi follower ke-200 bagi umartheone.blogspot.com. Terima kasih kepada Encik Suami dan juga pembaca-pembaca yang lain! Bukan apa, cuma Encik Suami bertuah lebih kerana dapat tempat ke-200 tu! Jemput ke blog beliau!



*Akhirnya terlaksana juga hasrat sebab aku berjanji dengan diri aku akan share-kan link bagi follower ke-200 blog ini!

#3 Tidak dilupakan kepada World Bloggers And Social Media Awards 2012 yang berlangsung baru-baru ni. Tahniah kepada semua pemenang dan finalist! Lihat senarai pemenang di sini


Itu saja untuk segmen "Around Blogosphere" minggu ini. Terima kasih sudi membaca. Till next time!

Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday #3


*Kalau anda boleh survive dengar lagu ni sampai habis, anda memang peminat lagu balada!

Thursday, February 2, 2012

Home Is Where The Hans Are | Episode 1

Ok this is cool! Really cool. Wong Fu Productions releases the first ever Home Is Where The Hans Are episode! Not bad for a start! Let's watch 'em!




*will update on the next episode too~

Monday, January 23, 2012

Red Riding Hood Seksi?

Assalamualaikum and hye readers! Tadi baru je aku tengok episod baru Once Upon A Time (OUAT). So nak share sikit perubahan si Red Riding Hood yang terkenal dengan kecomelan dan keayuannya.. (dalam fairytale dulu-dulu..) Apabila di adaptasi ke siri OUAT, inilah jadinya..

Ini di kisah lama..

Henshin!

Homai! Sila tutup mulut anda..

Di dalam episod OUAT, Red (di alam fairytale) merupakan rakan kepada Snow. Tapi di dunia baru (Storybrooke), dia adalah waitress yang bernama Ruby.. Ruby? Sila tonton untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

*Sangat teruja dengan adaptasi dan perubahan setiap karakter!

Tuesday, January 10, 2012

Music Update #4 | Country Music

Assalamualaikum and hye readers! Kali ini nak share sikit pasal country music. A type of music yang kurang di dengari oleh orang-orang kita. Macam mana aku boleh tertarik? Tak tahu lah..

Antara penyanyi-penyanyi musik country yang aku minat adalah Carrie Underwood, Taylor Swift, Lady Antebellum, Rascal Flatts. Ada juga antara lagu-lagu Daughtry, Kelly Clarkson, Miley Cyrus juga berentak kan country music dan diadun dengan sedikit rentak pop. Susah nak explain macam mana beat lagu-lagu ni, lebih baik anda cuba dengar..

#1 Brad Paisley - Remind Me (Duet with Carrie Underwood)


#2 Rascal Flatts - Easy featuring Natasha Bedingfield


Setakat ni dapat tangkap tak beat lagu-lagu ni? Banyak daripadanya menggunakan guitar dan "suara dalam", macam Scotty McCreery kat video di bawah ni..

#3 Scotty McCreery - I Love You This Big


Selalunya lagu-lagu country ni banyak memasukan elemen keagamaan/ketuhanan dalam lirik mereka. Tapi bukan lah untuk kita mengikutinya. Pandai-pandai lah kan kalau nak melayan lagu pun. Nak contoh, dengar yang ni..

#4 Taylor Swift - Change


Perasan kan? Tapi tak semua macam tu. Ada jugak yang boleh melayan perasaan. Sentimental, macam kat bawah ni..

#5 Taylor Swift - Back to December


#6 Rascal Flatts - What Hurts the Most


#7 Rascal Flatts - Here Comes Goodbye


Selain itu, terdapat jugak lirik-lirik yang menuju kepada yang tersayang. Seperti memberi penyedaran dan petunjuk. Ala-ala nasyid sikit. Lagi di ingatkan, perlu berhati-hati dengan lirik lagu..

#8 Carrie Underwood - Temporary Home


#9 Carrie Underwood - Mama Song


#10 Lauren Alaina - Like My Mother Does


Ada juga dikalangan lagu-lagu country yang di sunting untuk memberi semangat. Contoh yang paling baik adalah lagu ini..

#11 Rascal Flatts - Unstoppable


Adakah anda familiar dengan lagu Justin Bieber - That Should Be Me? Lagu original menampilkan rentak pop, tapi bila di country-kan, dan digandingkan dengan penyanyi bersuara dalam, inilah jadinya..

#12 Justin Bieber - That Should Be Me featuring Rascal Flatts


Untuk pengetahuan, kebanyakan lagu-lagu country masa kini telah dimasuk kan rentak pop. Dengan adanya beat sebegini, lagu country dapat berkembang ke peringkat internasional. Kalau di ikutkan, lagu yang betul-betul country adalah seperti dibawah..

#13 Old Crow Medicine Show - Wagon Wheel


Jangan risau, even aku pun susah nak terima lagu macam yang di atas ni.. Apa-apa pun, masing-masing ada citarasa tersendiri, kan!? Tepuk dada, memang sakit. So tanya je diri anda. Anyway, di bawah akan aku list kan lagu-lagu yang aku layan dan juga sesetengah lagu yang pernah popular di Malaysia. Enjoy!

#14 The Band Perry - If I Die Young


#15 Lady Antebellum - Just A Kiss



#16 Reba McEntire, Kelly Clarkson - Because Of You



#17 Taylor Swift - You Belong With Me


#18 Carrie Underwood - Undo It


#19 Taylor Swift - Sparks Fly


#20 Train - Merry Me


Ok, yang #20 tu tak de kene mengene! I think, that's all friend! Apa pandangan anda? Share lah di ruang komen! Sekian

Monday, January 2, 2012

Header Baru Untuk Tahun Baru

Assalamualaikum and hye readers! Nampak tak perubahan pada header umartheone.blogspot.com? Kali ini saja nak menampilkan sedikit kelainan. (lain ke?) Walaupun tetap nak maintain se-simple yang boleh. Perubahan ini adalah sempena tahun baru 2012. Daripada..


kepada..


Dengan ini, saya mengharapkan blog ini akan terus sukses dan diminati! Tidak lupa kepada pembaca, terima kasih atas sokongan anda selama ini! Thank you very much!

Tuesday, December 27, 2011

rokok dan kopiah | satu kesedaran


assalamualaikum and hye readers! sedikit pengakuan di sini, walaupun dah lama video ni di upload di youtube tapi aku baru je tengok! (outdated) tapi seriously, tahniah diucapkan kepada mat luthfi (matluthfi90) kerana berjaya mengeluarkan video (ala-ala short movie ni)! sedikit yang nak dicakapkan, cukuplah sekadar anda tonton sendiri video ini. banyak maksud tersurat dan tersirat di dalamnya. pangkal pada anda untuk memahami yang bagaimana. enjoy!

*bersyukurlah dengan nikmat yang diberi. Allahuakhbar

Friday, December 2, 2011

once upon a time | kisah fairytale ke zaman moden


assalamualaikum and hye readers! kali ini aku nak share pasal tv show baru inggeris, once upon a time daripada abc, yang baru sahaja dimainkan bermula 23 oktober lepas di us. seriously, aku rasa cerita ni macam wow! bertemakan fairytale yang diadaptasi ke zaman moden, memang teruja aku menonton episode pertama. terus aku cari next episode and the next! tengok je first episode (pilot) mengingatkan aku dengan karakter movie lama iaitu dark witch dalam cave of the golden roses. memang kejam dan costume yang seakan-akan dark witch dikenakan. tambahan yang menarik lagi, watak evil witch memang pernah aku bawa suatu ketika dahulu semasa zaman sekolah, so memang rasa in-tuned dengan watak jahat ni! apa-apa pun, jemputlah menonton trailer once upon a time! (dah macam ayat pembuka teater istana budaya pulak)


nampak tak snow white, prince charming dan evil queen yang sangat ganas tu? menarik kan? apa kata anda tonton sendiri kisah ini dan share kat ruang komen!


*tambah lagi satu cerita yang akan aku nantikan setiap minggu!

Thursday, December 1, 2011

music update #3 | rain

assalamualaikum and hye readers! memandangkan sekarang ni musim hujan (yang melimpah-limpah sampai banjir di sesetengah tempat), so i wanna share dengan korang lagu-lagu yang berunsurkan hujan! mari mulakan dengan tajuk-tajuk lagu yang mengandungi perkataan:

"rain"

ini  adalah tajuk-tajuk yang aku browse dalam list lagu-lagu dalam simpanan

"don't rain on my parade, it will rain, let it rain, set fire to the rain, singing in the rain / umbrella"

rain merupakan perkataan yang sering digunakan dalam lirik lagu, especially lagu inggeris. seperti tajuk-tajuk di atas (which is some song are very familiar and some are not), aku teruskan pencarian di youtube! then i found plenty of music yang best-best! mari kita mulakan


italobrothers - cryin' in the rain


lagu ini mempunyai rentak tekno ala-ala clubbing. tengok video macam sedih, tapi rasa macam nak nari-nari je bila dengar lagu ni!


david nail - let it rain


lagu dari david nail ni berentakan country. dengar suara beliau pun kita dapat agak yang beliau ni sesuai bawak lagu-lagu macam ni. slow, meaningful and feeling-feeling.


james morrison - please don't stop the rain


lagu ini juga membawa mesej sedih-sedih, feeling-feeling. sememangnya hujan membawa kesan kesedihan, sinonim dengan titisan air hujan yang menggambarkan air mata.


pitbull - rain over me ft. marc anthony


pitbull membawa rentak dance dalam lagu beliau yang ni. memang lagu ni sangat popular di corong-corong radio sekarang ni.


creed - rain


terjumpa pulak lagu ni. aku dapat bayangkan lagu creed ni dimainkan dalam drama-drama soup opera inggeris, like drop dead diva or grey's anatomy. such a great music!


mariah carey - through the rain


mariah carey! siapa tak kenal mak cik ni! seriously, mariah was one of my favourite! this is so inspiring mariah! lagu lama, but still evergreen! (banyak sangat tanda seru sebab sangat excited!)


luke bryan - rain is a good thing


another country music. happy go lucky je lagu ni! nasib tak feeling-feeling macam sebelum ni! ada jugak lagu happy, ingatkan semua sedih-sedih je..


selena gomez & the scene - a year without rain


selena gomeh jugak nak masuk dalam list ni jugak! lagu gomez ni membawa maksud bahawa hujan ni memang sangat penting, kalau tak ada hujan ni memang tak boleh hidup.. kata selena dalam lagu dia ni


bruno mars - it will rain


ok lagu bruno mars ni siapa tak tahu memang outdated. gara-gara movie twilight baru-baru ni.. rasanya lagu ni memang boleh famous pun walaupun tak di featured dalam breaking dawn! go bruno mars go!

sebenarnya banyak lagi lagu-lagu rain ni. so, if you guys are interested, boleh je google or search at youtube! cheers! *bila baca balik banyak sangat "ni" dalam post kali ni! eh!?

time bomb


of all sudden, i felt so in touch with this song. time bomb, by all time low. i first heard this song when it was featured in the sims 3 generation. but then (when i was browsing songs on youtube), i found this video. the video that was recently release. and when i opened it, i had a flash back on my days in new zealand. that was a speechless trip. a trip that change my thought of the world. a trip that opened my eyes, wide.

"it was like a time bomb set in a motion
we were only destined to explode
and if i have to pull you out of the wreckage
you know i'm never gonna let you go
oh, like a time bomb
gotta use it
let's defuse it
ticking like a time bomb
but i need it
wouldn't have it any other way.."


the lyrics itself said enough. time does count. so, use your time to the fullest. live like there's no tomorrow. cheers! oh, i just love pop rock! those beat are sweet!

all time low

Thursday, November 24, 2011

twilight saga : breaking dawn part 1 (breaking heart..)


assalamualaikum and hye readers! ok kali ini aku nak buat review pendek pasal movie:

the twilight saga
breaking dawn
part 1

memandangkan aku nak make it short and sweet, maka terimalah:

"satu kisah yang dipenuhi dengan dialog, cakap-cakap, kissing part.. cakap-cakap balik, kissing part and so on and on for the first 1 hour.. then barulah cerita menjadi menarik tapi dipotong stim oleh sambungan part ke 2.. boleh?"

itu saja.. cheers

Tuesday, November 22, 2011

music update

an amazing mash-up from glee.. surprisingly i love this mash-up like yeah! it's adele's rumour has it / someone like you


troubletones sure a trouble for new direction! hell yeah!

Saturday, November 19, 2011

persembahan mantap teater badai semalam

assalamualaikum and hye readers! 

"cinta, cita-cita dan pengorbanan"

teater badai semalam yang dipentaskan di panggung sari, istana budaya menampilkan pelakon-pelakon yang tidak asing lagi di tanah air. muka-muka seperti erra fazira (mazni), aaron aziz (karim), fizz  fairuz (zaki), datin paduka umie aida (puan rohana) dan ziela jalil (ibu mazni) menampilkan kekuatan lakonan masing-masing. cerita yang adaptasi daripada novel nukilan khadijah hashim ini menarik ramai peminat novelis ini kerana hadririn terdiri daripada mereka yang pernah suatu ketika dahulu membaca novel ini. dengan arahan khairunazwan rodzi berjaya merealisasikan kisah ini ke pentas teater.

barisan pelakon teater badai semalam

antara tunjang utama teater badai semalam, dari kiri atas: emilda rosmila, aaron aziz, erra fazira, jasmid hamid, datin paduka umie aida dan ziela jalil

secara amnya, pementasan teater kali ini banyak yang boleh dipersoalkan. kekuatan dari segi lakonan terhad kepada sebilangan pelakon sahaja kerana terdapat babak dimana penyampaian lakonan dan dialog pelakon tidak sampai ke penonton. mungkin body languange dan nada intonasi yang digunakan tidak selari. kelihatan bahagian pertama pementasan sebelum waktu rehat agak mendatar dan bosan kerana terlalu banyak dialog yang meleret panjang tanpa diselang seli dengan aksi atau lawak. namun, bahagian kedua pementasan dimana kebosanan daripada bahagian pertama tadi dapat ditutupi semula dengan jayanya. walaubagaimanapun, lakonan ziela jalil, emilda rosmila dan umie aida memang memberi impak. watak yang dibawa oleh jasmin hamid sebagai penari kelab malam adalah semestinya watak yang akan diingati oleh penonton yang hadir. jika diberi pilihan, saya akan memilih emilda rosmila dan ziela jalil sebagai lakonan terbaik.

dari segi props dan set, tidak dapat dinafikan penterjemahannya ke layar pentas memang membawa penonton ke era zaman kegemilangan rambut afro dan seluar bell bottom. tetapi perubahan lagu dari satu babak ke babak yang lain menampakan sedikit kecacatan. agak sayang jika perubahan dari babak sedih ke babak gossip yang dilampirkan kadang kala mengganggu kelinciran persembahan. juga, terdapat sesetengah bahagian nyanyian dimana lagu yang dinyanyikan oleh pelakon kelihatan seperti miming. agak spoil mood penonton disitu kerana biasanya penonton menggemarkan nyanyian live oleh pelakon, memberi feel yang istimewa ketika menonton.

bagi special effect, kesan khas seperti kilat dan hujan memang superb! selain itu, perubahan costume semasa di atas pentas juga membuat penonton teruja dan tertanya-tanya bila dan bagaimana perubahan baju mazni dilakukan. tidak dapat dilupakan, kereta merah yang menjadi ikon kepada persembahan teater ini. red, lowered and antique! siap boleh drift lagi!

jalan cerita kisah ini mudah difahami dan dapat diikuti oleh penonton yang tidak pernah membaca novel ini. namun, penamat yang tergantung membuat para penonton untuk ingin mengetahui dan mengikuti kisah selepas mazni berhijrah ke kuala lumpur. apakah yang terjadi kepada karim dan zaki? adakah watak "suka jaga tepi kain orang" yang dibawa oleh emilda rosmila sudah insaf? apakah penerimaan mak encik (puan rohana) terhadap mazni? harap ada sambungannya di masa akan datang.

dengan itu, bagi sesiapa yang belum menyaksikan teater badai semalam, jemputlah ke istana budaya bagi merasai sendiri pementasan teater ini. masih ada lagi dua show untuk ahad (hari terakhir), 20 november 2011, pementasan 3 petang dan 8 malam.

sesi memperkenalkan barisan pelakon




kami yang menyokong pementasan teater di malaysia

*segala review yang ditulis oleh penulis blog three tees adalah di atas buah pemikiran penulis sendiri. tiada unsur bayaran atas sabotaj mana-mana pihak.

gambar ihsan khairool akmal / editing umar kadir / hak milik umartheone.blogspot.com