assalamualaikum and hye readers!
"cinta, cita-cita dan pengorbanan"
teater badai semalam yang dipentaskan di panggung sari, istana budaya menampilkan pelakon-pelakon yang tidak asing lagi di tanah air. muka-muka seperti erra fazira (mazni), aaron aziz (karim), fizz fairuz (zaki), datin paduka umie aida (puan rohana) dan ziela jalil (ibu mazni) menampilkan kekuatan lakonan masing-masing. cerita yang adaptasi daripada novel nukilan khadijah hashim ini menarik ramai peminat novelis ini kerana hadririn terdiri daripada mereka yang pernah suatu ketika dahulu membaca novel ini. dengan arahan khairunazwan rodzi berjaya merealisasikan kisah ini ke pentas teater.
barisan pelakon teater badai semalam |
antara tunjang utama teater badai semalam, dari kiri atas: emilda rosmila, aaron aziz, erra fazira, jasmid hamid, datin paduka umie aida dan ziela jalil |
secara amnya, pementasan teater kali ini banyak yang boleh dipersoalkan. kekuatan dari segi lakonan terhad kepada sebilangan pelakon sahaja kerana terdapat babak dimana penyampaian lakonan dan dialog pelakon tidak sampai ke penonton. mungkin body languange dan nada intonasi yang digunakan tidak selari. kelihatan bahagian pertama pementasan sebelum waktu rehat agak mendatar dan bosan kerana terlalu banyak dialog yang meleret panjang tanpa diselang seli dengan aksi atau lawak. namun, bahagian kedua pementasan dimana kebosanan daripada bahagian pertama tadi dapat ditutupi semula dengan jayanya. walaubagaimanapun, lakonan ziela jalil, emilda rosmila dan umie aida memang memberi impak. watak yang dibawa oleh jasmin hamid sebagai penari kelab malam adalah semestinya watak yang akan diingati oleh penonton yang hadir. jika diberi pilihan, saya akan memilih emilda rosmila dan ziela jalil sebagai lakonan terbaik.
dari segi props dan set, tidak dapat dinafikan penterjemahannya ke layar pentas memang membawa penonton ke era zaman kegemilangan rambut afro dan seluar bell bottom. tetapi perubahan lagu dari satu babak ke babak yang lain menampakan sedikit kecacatan. agak sayang jika perubahan dari babak sedih ke babak gossip yang dilampirkan kadang kala mengganggu kelinciran persembahan. juga, terdapat sesetengah bahagian nyanyian dimana lagu yang dinyanyikan oleh pelakon kelihatan seperti miming. agak spoil mood penonton disitu kerana biasanya penonton menggemarkan nyanyian live oleh pelakon, memberi feel yang istimewa ketika menonton.
bagi special effect, kesan khas seperti kilat dan hujan memang superb! selain itu, perubahan costume semasa di atas pentas juga membuat penonton teruja dan tertanya-tanya bila dan bagaimana perubahan baju mazni dilakukan. tidak dapat dilupakan, kereta merah yang menjadi ikon kepada persembahan teater ini. red, lowered and antique! siap boleh drift lagi!
jalan cerita kisah ini mudah difahami dan dapat diikuti oleh penonton yang tidak pernah membaca novel ini. namun, penamat yang tergantung membuat para penonton untuk ingin mengetahui dan mengikuti kisah selepas mazni berhijrah ke kuala lumpur. apakah yang terjadi kepada karim dan zaki? adakah watak "suka jaga tepi kain orang" yang dibawa oleh emilda rosmila sudah insaf? apakah penerimaan mak encik (puan rohana) terhadap mazni? harap ada sambungannya di masa akan datang.
dengan itu, bagi sesiapa yang belum menyaksikan teater badai semalam, jemputlah ke istana budaya bagi merasai sendiri pementasan teater ini. masih ada lagi dua show untuk ahad (hari terakhir), 20 november 2011, pementasan 3 petang dan 8 malam.
sesi memperkenalkan barisan pelakon |
kami yang menyokong pementasan teater di malaysia |
*segala review yang ditulis oleh penulis blog three tees adalah di atas buah pemikiran penulis sendiri. tiada unsur bayaran atas sabotaj mana-mana pihak.
gambar ihsan khairool akmal / editing umar kadir / hak milik umartheone.blogspot.com
No comments:
Post a Comment