Monday, July 19, 2010

meluat

meluat aku membaca posting-posting di facebook yang bermacam-macam ragam jenis orang ni. berikut adalah contoh-contoh posting:

1. ada ke pulak mamat tulis posting kata 'nak nangis la'.. bagai la.. awak tu lelaki, tak kan sikit-sikit nak nangis? mengalahkan perempuan. kalau perumpamaan tu boleh terima lagi. ini tak..

2. perempuan yg tulis 'my sayang hubby'.. 'miss my hubby'.. kalau si wanita ni dah kahwin memang patutlah. tapi kalau setakat couple tu, tak payahlah nak berlebih-lebih tulis hubby. gedik, perasan je lebih.

3. mereka-mereka yang tulis something yang menggunakan short-form yang kononnya melambang mereka itu menggunakan ayat yang comel, contoh: cyg, bwu, cyunk, fwen.. mereka-mereka ni sebenarnya seperti bajet comel tapi mengada-ngada. tulis la ayat dan bahasa yang betul. ini bukannya bahasa sms.

4. those yang post benda bukan-bukan dan tanya soalan bodoh, seperti: lapar, nak makan ape?.. baru lepas mandi, kredit habis, tapi nak call dia.. ape punya soalan la diorang tulis ni? post benda tak berfaedah.

5. mereka-mereka yang tagged gamba yang tak ada kene mengena dengan aku, contohnya seperti tagged gamba bola, gambar-gambar bunga, ultraman.. macam menyemak je kat tagged photos tu.

aku pon kadang-kadang tidak terlepas dengan menulis benda-benda yang tak berfaedah ni. tapi adalah had dan batasnya. janganlah semua status anda berunsurkan tulisan-tulisan karangan kanak-kanak bawah umur. sedangkan kanak-kanak ini kadang-kadang lebih berfikiran kreatif dan kritis.

moral of the story: tulislah sesuatu yang membina dan berfaedah menjurus kepada sesuatu yang boleh digunapakai. janganlah anda menulis sampah.

1 comment: